Aku cuba menulis tempat2 yang aku pernah pergi dan lawati didungun terengganu yang merupakan tempat2 perkelahan dan taman rekreasinya.Sebenarnya banyak tempat yang sangat menarik yang patut dikunjungi di dungun.Apa yang aku hadirkan merupakan tempat2 yang agak popular dan mampu aku pergi.banyak tempat2 lain yang ada terutamanya pantai2 yang memang terlindung dari pandangan umum,hanya penduduk setempat yang lebih arif tahu tentang tempat2 mereka.
Air terjun cemerong
Air terjun cemerong merupakan air terjun yang tertinggi di Asia,Tempat ini terletak jauh dipendalaman daerah dungun.untuk mengunjungi memang tak jadi masalah,kerana kawasan hutan lipur air terjun cemerong disambung terus dari lebuh raya.
Semua kelengkapan disediakan seperti kawasan hutan lipur yang lain,terutamanya surau, tandas,wakaf2,kedai gerai dan sebagainya,Salah satu aktiviti yang patut diambil olih pengunjung ialah mendaki gunung berembun yang pastinya akan menjadi kenangan indah kapada yang mencubanya,Selain itu pemandangan yang menarik dijanjikan kapada pengunjung terutama yang datang dari pekan al muktafi bilah shah dan kampung pendalaman yang datang dari arah kuala jengai,yang pastinya kapada pengunjung2 yang ingin merasa kampung pendalaman disini lah tempatnya sambil minum dikedai2 kampung dan beramah mesra dengan penduduknya.
Tasik puteri,bukit besi
Tasik puteri bukit besi merupakan kawasan rekreasi berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih besi yang amat terkenal disuatu ketika dahulu,Tempat ini disediakan dengan macam2 kemudahan dan sangat sesuai sebagai tempat bersantai,Jauh dari bandar kuala terengganu ialah 78km
Tasik puteri,Indah mempesona..Airnya sangat jernih tapi tak sesuai untuk diminum kerana dikatakan air tasik ini mempunyai galian yang terlarut yang amat tinggi dan membahayakan kesihatan.Ikan2 yang didapati hidup hanya lah ikan2 yang tahan lasak sahaja seperti ikan patong,Hanya ikan itu sahaja yang mampu hidup sementara ikan2 jenis lain memang tak ada,Tasik ini boleh lah dikatakan kosong dari hidupan.Mungkin jugak bolih dinamakan tasik mati...(tapi tak sama dengan laut mati, :) )
Kampung pasir raja
Pasir raja ialah nama sebuah kampung yang paling hulu sekali didungun
terengganu,Terletak dibahagian paling hulu ditepi sungai dungun,Kampung
nya cukup indah dan permai,Kampung pasir raja sangat menepati sebagai
sebuah kampung tradisional.Aku dapati kampung ini cukup sunyi jauh dari
hiruk pikuk dan bunyi kederaan.Bila dikampung ini aku rasa masa telah
berundur kebelakang selama 20 tahun.Aku rasa kapada mereka2 yang betul2
hendak merasa suasana benar2 kampung,kampung pasir raja lah tempatnya.terletak lebih kurang 112km dari bandar kuala terengganu
Bumbung raja
Rantau Abang
Kawasan perkelahan bumbung raja mempunyai kemudahan asas seperti surau
tandas,tempat pemaiunan kanak2,dewan serta wakaf2 untuk pengunjung yang
datang.Kawasan perkelahan ini terletak disebelah kampung pasir raja,Terletak lbih kurang 115 km dari bandar raya kuala terengganu,Kalau ingin merasakan kelainan dan kesunyian dari kesibukan bandar,kawasan perkelahan ini sangat sesuai untuk tujuan tersebut
Rantau Abang nama yang sangat popular kerana pendaratan penyu kepantai tersebut,Rantau abang sangat popular sebagai tempat melihat penyu bertelur pada tahun2 70an dan tahun2 80an,Namun semua itu telah pun tinggal kenangan sahaja kerana dikatakan penyu2 yang mendarat untuk bertelur sudah sangat berkurangan namun tempat ini masih lagi merupakan distinasi yang menarik untuk dikunjungi.
Cengal besar
Cengal besar:Jarang dijumpai pokok yang sebesar ini,Kalau nak pergi kecengal besar memerlukan keringat dan memerlukan bakaran tenaga yang bukan sedikit,mungkin berjuta2 kelori terpaksa dikorbankan.,Kalau nak kecengal besar kita tak bolih sama sekali sekadar berlenggang kangkung seperti nak pergi rumah mak limah,Kalau macam mak inang rodat atau pun orang main mak yong jangan harap la nak sampai,mungkin rebah repah ditengah jalan,nak pergi ke cengal besar laksana seperti cerita orang2 zaman dahulu kala iaitu meredah belukar,naik gunung dan turun gunung,meredah sungai,lalu dilembah yang beronak duri,Kalau calang2 orang mungkin tak sampai sebab kawasan yang mengerunkan,silap2 dihambat gajah,dimamah rimau dan ditelan ular sawa,kekekekekekeke.
Pantai teluk lipat
Pantai teluk bidara
Video.
Walau macam mana sekali pun semua penulisan aku ni cuma sekadar ek eleh je,tak lebih dari itu,sekian...
Pantai teluk lipat merupakan kawasan rekreaksi bagi bandar dungun,Saban
pagi dan petang serta malam memang tak lekang menerima kunjungan orang
ramai sama ada dari dekat atau jauh.Panjang pantai ini disekitar
3km,Dimasa2 yang tertentu akan diadakan petandingan memancing olih
beberapa penganjur.Selain tempat rekreasi pantai teluk lipat merupakan
kawasan penempatan penduduk dan juga tempat tempat perniagaan makanan
dan kedai2 runcit
Semasa aku mengunjungi pantai ini telah terjadi fenomena ombak besar,jadi telah terjadi kemusnahan yang teruk kapada pantai2nya,Sejauh mata memandang didapati pasir memenuhi jalan dan kemusnahan kelihatan disana sini,Semasa ini pantai teluk lipat telah dibaiki dengan spenuhnya dengan membina benteng2 penghadang ombak dan dijangkakan pantai ini akan siap sepenuhnya tak berapa lama lagi.
Semasa aku mengunjungi pantai ini telah terjadi fenomena ombak besar,jadi telah terjadi kemusnahan yang teruk kapada pantai2nya,Sejauh mata memandang didapati pasir memenuhi jalan dan kemusnahan kelihatan disana sini,Semasa ini pantai teluk lipat telah dibaiki dengan spenuhnya dengan membina benteng2 penghadang ombak dan dijangkakan pantai ini akan siap sepenuhnya tak berapa lama lagi.
Pantai teluk bidara
Pantai teluk bidara terletak dikampung seberang pitasan dungun terengganu,iaitu diseberang dari bandar dungun yang aman makmur itu, Pantai yang lebar,bersih dan dilengkapi dengan semua kemudahan asas
seperti tandas dan wakaf untuk berehat.Pokok hiasan ditanam dan dijaga
dengan rapi..Sangat sesuai untuk berehat tetapi tidak sekali2 dibenarkan mandi,Pantai ini dipenuhi dengan batu2 yang sangat membahaya untuk kegiatan yang macam tu,Jauh dari bandar kuala terengganu ialah lebih kurang 80km
Tanjung jara
Tanjung jara merupakan hotel bertaraf lima bintang dan bukan lah orang2 yang macam aku yang harus atau pun melawatinya jauh sekali untuk menyewa bilek2 yang ada dihotel tersebut,Aku sendiri tak tau sejauh mana kadar sewa nya untuk satu malam,mungkin kah mencecah ribuan atau jutaan ringgit untuk satu malam.Atas sebab2 itu lah aku tak singgah dan melawatinya,Mudah cerita, tempat2 itu bukan lah untuk golongan bawahan ianya untuk orang2 yang berpangkat besar yang harta nya tak habis walau pun dibakar api,Aku sekadar lalu dan tenguk tempat tu dari jauh sahaja.
Pantai kuala abang
Pantai kuala abang terletak lebih kurang 74 km dari bandar kuala terengganu,Salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi,Pantai yang bersih dan terjaga rapi,Sangat sesuai pula untuk mandi manda,Kawasan ini sekadar untuk melepaskan lelah untuk berehat seketika kapada yang memandu jauh dan menjadi tarikan kapada penduduk setempat..
Ada cerita dongengan tentang tempat ini,Dikatakan tempat ini menjadi kawasan makhluk halus melintas atau pun lalu dikawasan ini.Kalau diperhatikan betul2 rupa batu ini sangat menakutkan,seolah2 ada rupa makhluk raksasa yang sedang tidur sambil memerhatikan.Walau macam mana pun cerita2 itu hanya lah karut sahaja dan tak perlu mempercayainya.
Batu penyu,bukit hawa.
Batu penyu dibukit hawa merupakan kawasan cerita dongengan konon nya penyu yang jadi batu telah melanggar pantang larang sehinggakan dia menjadi batu.Apakah pantang larang itu?ek eleh kalau bab tahyul mahyul ni suka2 je orang nak buat cerita,Bagi aku tak ada lah macam tu,bagi aku semua nya itu kejadian biasa yang diberikan olih yang maha pencipta untuk kita memikirkan tentang kekuasaan nya sahaja dan tak lebih dari tu.
Walau macam mana sekali pun tentang penyu yang suka mendarat dan bertelur dirantau abang merupakan satu kisah misteri yang memang tak terungkap olih pemikiran manusia dan ini mungkin salah satu keanihan dan misteri alam semesta.Aku telah diberitahu olih seorang sangat memerhatikan tentang hal ini,beliau mengatakan batu penyu dan penyu yang datang bertelur kerantau abang sangat berkaitan,Naluri penyu2 memang kesitu dan sejak kemusnahan batu penyu yang sudah tidak seperti rupa penyu lagi maka dengan sendirinya penyu2 dah kurang sangat mendarat nya dan beliau yakin kalau lah batu penyu itu dimusnakan 100% maka penyu tak akan lagi mendarat disitu,Wallahualam.
Pada suatu ketika dulu batu penyu ini dikatakan sangat menyerupai penyu tetapi sekarang batu tersebut sudah pun kurang rupa penyunya mungkin disebabkan olih hakisan kerana lambat kawasan itu dipulih hara. Pada pandangan aku tempat ini bolih lah dikunjungi sekadar untuk melengkapkan lawatan seseorang bila mengunjungi rantau abang.Perlu juga diingat rantau abang sejauh 68km dari bandar raya kuala terengganu dan 360km dari ibu negara kuala Lumpur.
Walau macam mana sekali pun semua penulisan aku ni cuma sekadar ek eleh je,tak lebih dari itu,sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan