Ahad, 11 Disember 2011

Hutan lipur, rekreasi,hulu terengganu


Daerah hulu terengganu mempunyai banyak tempat perlancungan yang menarik,Hulu terengganu antara daerah yang paling banyak tempat2 yang menarik untuk diketengahkan berbanding dengan daerah2 lain dinegeri terengganu,Mungkin disebabkan hulu terengganu mempunyai banyak kawasan semulajadi yang luas dan berpotensi untuk dimajukan.

Tempat perlancungan bolih dibahagikan kapada banyak bahagian,ianya tidak bergantung kapada kawasan semulajadi sahaja .Antaranya ialah pantai2 dan tempat pelancungan bandar. Antara tempat2 perlancungan sangat menonjol didaerah hulu Terengganu ialah Tasik kenyir,Kawasan perkelahan Sekayu,Taman pertanian Sekayu,Kawasan Perkelahan Berlukar Bukit,Bukit Batu Kapal,Kawasan perkelahan kampung Teris ,kawasan perkelahan kampung menerong dan bandar kuala brang sendiri..

TASIK KENYIR

Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar dimalaysia dan yang terbesar di Asia Tenggara.Tasik ini terjadi disebabkan terbinanya empangan hidroeletrik Sultan Mahmud kenyir.Luas tasik kenyir hampir sama dengan keluasan singapura.Mempunyai beratus2 buah pulau kecil dan besar,Ia dibina pada akhir tahun 70an dan siap pada pertengahan tahun 80an.

Sangat sesuai untuk merasai kelainan dengan berkhemah dipulau2 atau pun menyewa chalet2 yang disediakan.Terlalu banyak pembangunan yang telah dibuat dikawasan Empangan ,Hotel dan chalet telah lama terbina,Tarikan lain ialah taman burung yang dibuat dipulau berhampiran dengan tanah besar,Selain itu tempat peranginan air terjun lasir,gunung bewah,chalet2 dibina diserata tempat, dan pulau2.Banyak bot2 sewa yang sedia membawa pengunjung dari luar dan pengunjung tempatan.Tempat yang patut dikunjungi ialah sintuari kelah disungai pertang,santuari gajah disungai belimbing/ketiar dan kawasan peliharaan ikan sungai como. Jauh dari kuala terengganu 70km dan dari bandar kuala berang ialah 30km...

Selain itu tasik kenyir merupakan tempat memancing kapada yang berminat memancing.Selain dari tasik kenyir sendiri tempat memancing yang lain seperti sungai pertang,sungai tembat,sungai petuang,sungai cacing,sungai terengganu mati,sungai kerbat,sungai belimbing,sungai trengan dan beberapa sungai yang lain,Sungai2 ini semuanya  mngalir ketasik kenyir.Ikan2 yang biasa diperolihi ialah kelah,sebarau,toman, baung,lampan dan beberapa jenis lagi yang kurang popular.

(sungai como)
Untuk mengunjungi tasik kenyir dan merasakan kelainannya memerlukan beberapa hari untuk menghabiskan semua kawasan yang patut dikunjungi.Kalau pengunjung yang datang mempunyai keberanian,bolih berkhemah ditempat2 terpencil yang kurang dikunjungi.Disesetengah tempat siaran radio pun tak ada dan disitu dapat dirasakan kita akan terputus terus dari dunia luar.Yang pasti sekali mengunjuginya akan ingin mengunjungi nya lagi.. 
Gunung Bewah

HUTAN LIPUR SEKAYU

Kawasan perkelahan air terjun sekayu sangat dikenali diterengganu,Telah ditemui dan dijadikan tempat perkelahan sejak tahun 60an lagi.Ianya dijadikan tempat perkelahan dan dibangunkan pada sekitar tahun 70an,

Kemudahan yang ada sehingga sekarang di air terjun sekayu meliputi semua nya seperti calet,pusat penerangan, surau dewan2 dan berbagai lagi.Tarikan lain yang ada ialah taman binatang,taman oerked,kolam ikan........Jauh dari kuala terengganu 55km...
Taman yang ada dihutan lipur sekayu.

TAMAN PERTANIAN SEKAYU
Taman pertanian sekayu  terletak bersebelahan dengan hutan lipur sekayu,Tarikan yang ada merupakan tempat gelunsor air,kebun buah2an yang luas,kolam ikan,taman rama2,


 Salah satu tarikan yang ada ditaman pertanian sekayu.

AIR TERJUN BELUKAR BUKIT

Kelengkapan yang ada merupakan surau tempat berehat,wakaf2 dan kedai,serta chalet untuk disewa.Air terjun belukar bukit kurang popular kerana tidak dibangunkan dengan baik seperti tempat2 perkelahan lain.Jauh dari bandar kuala terengganu 60km dan dari kuala berang 24km...
Kepunyaan MARA dan tempat untuk berkursus.

Tempat untuk mandi manda yang cukup selamat..

BATU KAPAL.
 

Batu kapal merupakan tempat dongengan,dikatakan bongkah batu  yang ada berasal dari kapal,Kawasan ini langsung tidak dibangunkan lagi,cuma dikunjungi olih orang2 yang tertentu sahaja dan tidak mempunyai apa2 kemudahan asas.Dikatakan kawasan ini akan dibangunkan pada tahun 2012 dan akan dibina dengan chalet dan kemudahan lain.Jauh dari kuala terengganu ialah 70km
Batu Kapal..
video batu kapal

KAWASAN PERKELAHAN KG MENERONG
Kawasan perkelahan  kg menerong hanyalah di buka olih penduduk kg tersebut sekadar untuk memenuhi kegiatan kampung sahaja,Kawasan nya tidak lah begitu menarik,Kawasan perkelahan ini sekadar pengkalan mandi penduduk kg tersebut sahaja,Kawasan perkelahan ini terletak 18km dari bandar kuala berang dan merupakan tempat perkelahan hiliran disungai berang iaitu dihilir kawasan perkelahan kg belukar bukit.
Hanya sebuah wakaf ada dibangunkan ditepi sungai.Kawasan ini sangat sesuai untuk mandi manda dan tidak membahaya kapada kanak2.Memang sesuai kapada yang inginkan suasana kampung kerana kawasan ini terletak ditengah2 kampung menerung.Kemudahan asas memang tak ada langsung,tapi untuk sesuatu hajat, masjid ada berdekatan dengan tempat ini.

Kawasan perkelahan kampung teris.
Kawasan perkelahan kampung teris merupakan tempat yang dibina olih penduduk kampung teris sendiri,Disini tak ada apa2 yang dibina kecuali wakaf dan tandas sahaja,Ia dikendalikan olih persatuan belia kampung teris,Terletak dijalan yang menghubungi kuala brang dan setiu dan terletak dikampung teris sendiri, Kawasan perkelahan ini menyerupai kawasan perkelahan kg menerung.Gambar tak sempat nak ambil,hehehehehe....
 
Demikian kawasan perkelahan dan tempat rekreasi yang ada disekitar hulu terengganu. Kawasan yang paling menarik dan amat terkenal ialah tasik kenyir dan taman lipur sekayu.Kawasan yang lain  bolih dikunjungi tetapi sekadar untuk memenuhi masa dan merasa kelainan sedikit dari tempat2 yang sudah pun dikenali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan