Isnin, 12 Disember 2011

NEGERI TERENGGANU

TERENGGANU
(Negeri cantik budaya menarik)


Negeri Terengganu terletak dipantai timur semenanjung Malaysia dan Negeri Terengganu ialah salah satu negeri2 di Malaysia. Negeri terengganu menyertai persekutuan tanah melayu pada tahun 1948.Keluasan negeri terengganu ialah 12,900km persegi iaitu bersamaan dengan 1,295,638 hektar. Negeri terengganu  bersempadankan negeri kelantan dan pahang disebelah barat dan pantai disebelah timurnya.Panjang persisiran pantai terenganu dari besut kekemaman ialah 225km mengambil masa beberapa jam untuk melaluinya dengan berkereta.. Penduduk negeri terengganu dianggarkan seramai 1.14 juta 0rang.Penduduk yang mendiaminya ialah berbangsa melayu dan berugama Islam,sedikit dari penduduknya berbangsa cina dan India dengan nisbah 95% - 5%.Perkerjaan utama penduduknya ialah Nelayan,Petani,Peniaga dan berkerja kerajaan.Hasil pegeluaran nya ialah minyak,getah,kelapa sawit dan hasil2 pertanian yang lain serta perusahaan sederhana dan ringan.Walau macam mana sekali pun negeri terengganu adalah negeri yang kedua termiskin di malaysia.(hairan,negeri terengganu merupakan pengeluar minyak dengan pengeluaran minyak sebanyak 8.2 billion tong setahun,macam mana kah negeri ini merupakan yang kedua termiskin di Malaysia..) Negeri terengganu dibahagikan kapada tujuh daerah iaitu Kemaman,Dungun Marang,Kuala Terengganu,Hulu terengganu,Setiu dan Besut.Walau macam mana pun negeri terengganu terbahagi kapada lapan daerah politik yang dinamakan bahagian.Bahagian2 itu ialah bahagian kemaman,bahagian dungun,bahagian marang,bahagian kuala terengganu,bahagian hulu terengganu,bahagian setiu,bahagian besut dan bahagian Kuala Nerus.Setiap satu bahagian mempunyai parlimen masing-masing dan setiap parlimen mempunyai empat dewan undangan negeri.....


PEMERINTAHAN.
Kerajaan negeri terengganu dipayungi olih sultan negeri terengganu,Yang mempunyai kuasa eksekutif ialah memteri besar yang dilantik olih sultan terengganu hasil dari party politik yang memenangi kerusi terbanyak dalam dewan undangan negeri.Dibawah pelembagaan negeri,kuasa memerintah dipunyai olih dewan undangan,Dewan ini lah melantik ahli mesyuarat kerajaan negeri yang diketuai menteri besar.

(BANDAR RAYA KUALA TERENGGANU)
KESULTANAN  TERENGGANU 
1708  Tun Zainal Abidin Sultan Mansur I 
1733  Sultan Mansur I 
1794 Sultan Zainal Abidin II 
1808 Sultan Ahmad
1830 Sultan Abdul Rahman
1831 Sultan Daud
1831 Sultan Mansur II
1837 Sultan Muhammad
1839 Sultan Omar
1876 Sultan Ahmad Shah II
1881 Sultan Zainal Abidin III
1918 Sultan Muhammad Shah II
1920 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1942 Sultan Ali
1945 Sultan Ismail Nasiruddin Shah
1979 Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
1998 Sultan Mizan Zainal Abidin...
sehingga kini
Sejak merdeka kerajaan negeri terengganu diperintah olih kerajaan barisan national yang diketuai olih UMNO kecuali pada tahun 1969 dan pada tahun 1999,Ditahun2 ini negeri terengganu diperintah olih   PAS.Sehingga sekarang(2011) kerajaan yang memerintah ialah barisan national(UMNO)
SENARAI MENTERI BESAR TERENGGANU:
1)1959:MOHD DAUD BIN ABDUL SAMAD
2)1961:DATO SRI IBRAHIM FIKRI BIN MOHAMMAD
3)1970:DATO MAHMUD BIN SULAIMAN
4)1971:DATO NIK HASSAN BIN WAN ABDUL RAHMAN
5)1974:DATO SRI AMAR DIRAJA WAN MOKHTAR BIN AHMAD
6)1999:DATO SERI HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG
7)2004:DATO SERI IDRIS BIN JUSUH
8)2008:DATO SERI AHMAD BIN SAID
Terdahulu dari itu menteri besar terengganu sebelum merdeka bernama DATO SRI SETIA RAJA KAMARUDIN BIN IDRIS beliau memerintah terengganu pada tahun 1949 sehingga tahun 1959.
Negeri Terengganu mempunyai 32 DUN dan 8 Parlimen, Setiap parlimen mempunyai 4 DUN.

PEMBAHAGIAN PARLIMEN DAN DUN
1)Parlimen besut
a)kuala besut
b)kota putera
c)jertih
d)hulu besut

2)Parlimen setiu
a)jabi
b)permaisuri
c)langkap
d)batu rakit

3)parlimen kuala nerus
a)tepuh
b)teluk pasu
c)seberang takir
d)bukit tunggal

4)Parlimen kuala terengganu
a)wakaf mempelam
b)bandar
c)ladang
d)batu buruk

5)Parlimen marang
a)Alur Limbat
b)bukit payung
c)rhu rendang
d)pengkalan berangan

6)Parlimen hulu terengganu
a)telemong
b)manir
c)kuala berang
d)ajil

7)Parlimen Dungun
a)bukit besi
b)rantau abang
c)sura
d)paka

8)parlimen kemaman
a)kemasik
b)kijal
c)chukai
d)air putih
 

ASAL USUL
Asal usul nama negeri terengganu tak diketahui punca yang sebenarnya,Nama nya didapati cuma cerita dari mulut kemulut yang dibawa dari turun temurun sehingga kini.Cerita nya cuma berkisar antara taring anu dan trengan nu...
Taring anu.....
Taring anu terkeluar dari kisah sepasukan rombongan sultan yang pergi memburu dikawasan pendalaman negeri terengganu.Semasa pemburuan mereka telah terjumpa satu taring yang besar,maka ditanya antara mereka taring apakah yang mereka jumpa,ada yang menjawab sebagai taring anu..taring anu... Dari situ lah negeri terengganu mendapat nama..
Trengan  nu.....
Versi dari perkataan Trengan nu ialah: Disatu masa yang lalu dikatakan terdiri nya sebuah kerajaan yang besar dihulu sungai yang sekarang dinamakan sebagai sungai terengganu dan tempat terdirinya sebuah kerajaan yang besar itu itu ialah antara sungai trengan dan sungai kerbat dihulu sungai terengganu.Versi keduanya mengatakan adanya perkampungan dipertemuan antara sungai trengan dan sungai kerbat dan bukan sebuah kerajaan besar yang diceritakan dari mulut kemulut,Dari situ lah penduduknya bersapaan antara mereka hendak kemana dan kemana,Ada yang menjawab hendak ke trengan nu dan begitu lah terjadi sehari2an sapaan antara mereka,Dari situ lah terbitnya perkataan terengganu.
 SUNGAI DITERENGGANU MATI

(penulis pernah beberapa kali sampai dipertemuan antara sungai kerbat dan sungai trengan pada tahun 80an semasa empangan kenyir sedang dibina.Penulis kesitu hanya lah untuk memancing,Penulis dapati adanya kebun getah dan kebun buah2an yang lain nya seperti durian,rambutan dan manggis.Penulis dapati tak ada sebuah rumah pun ada dikawasan tersebut jauh sekali kota yang besar,Pada tahun 70an masih ada lagi penoreh getah yang menoreh dikawasan tersebut,Dikatakan mereka menoreh bukanlah kebun mereka sendiri tapi kebun2 yang telah ditinggalkan dan tak tahu siapakah  pemiliknya.Pada pandangan penulis tak mungkin ada sebuah kota yang besar dikawasan tersebut kerana disebelah hilir dari pertemuan sungai trengan dan kerbat didapati adanya longgokan batu2 besar yang meniadakan terus sungai terengganu yang begitu besar,Tempat tersebut dinamakan sebagai jeram tumpat,Panjang jeram tersebut lebih kurang 1km.Laluan dikawasan tersebut sangat sukar dan penduduk yang menoreh dikebun2 yang telah ditinggalkan dengan mengunakan jalan darat sejauh 2-3km sebelum membawa barangan mereka mengunakan jalan sungai pula.Pada pandangan penulis tak mungkin samasekali perkataan trengan nu menerbitkan nama terengganu kerana penduduk dipertemuan sungai kerbat dan trengan hanya lah penduduk kampung biasa sahaja.Tapi hasil terbitan dari perkataan taring anu agak menesabah kerana yang ada dalam rombongan pemburuan ialah seorang sultan,Mungkin dari kekuasaan seorang sultan kemungkinan besar perkataan terengganu hasil terbitan dari peristiwa taring anu.Wallahualam).


DAERAH
Negeri Terengganu mempunyai tujuh daerah iaitu besut, setiu,kuala terengganu,hulu terengganu,marang,dungun dan kemaman.Setiap daerah ditakbir olih seorang pegawai daerah.Semua daerah dinegeri terengganu mempunyai mukim masing2.Setiap mukim mempunyai penghulunya sendiri.Jumlah mukim dinegeri terengganu ialah sebanyak lapan puluh tiga mukim.
1)Besut
Besut mempunyai keluasan 123,360 hektar,besut terletak dihujung negeri terengganu berhampiran dengan negeri kelantan,Olih kerana sangat hampir dengan negeri kelantan penduduk besut kebanyakan berdailek kelantan.Bandar pertadbiran nya ialah bandar kampung raja dan bandar yang paling besar ialah jertih.Besut mempunyai lima belas mukim..Selain itu besut mempunyai beberapa pekan atau bandar kecil seperti kuala besut dan jabi.Tempat reareksi yang popular ialah pulau perhentian dan kolam air panas kampung LA. Cerita yang paling popular asal besut diberi nama ialah berkaitan dengan satu puak iaitu orang pangan(puak pangan serupa dengan orang asli)  yang mendiami kawasan tersebut dan ketuanya bernama besut,dari situlah lah besut mendapat nama.
 2)Setiu                                           PANTAI PENARIK,SETIU
Setiu mempunyai keluasan 130,436 hektar,Setiu daerah terbitan dari besut dan dijadikan daerah pada tahun 1985.Setiu bersempadankan hulu terengganu dibarat dan kuala terengganu diselatannya,Bandar pentadbirannya ialah bandar permaisuri,bandar kecil lain nya ialah pekan sungai tong,pekan penarik,pekan merang,pekan pelong dan pekan calok dan setiu mempunyai tujuh mukim.Tempat rereaksi yang popular ialah pancur merah selain pantai bari dan pantai penarik.Setiu mendapat nama dari seorang pahlawan yang berasal dari bugis yang bernama setiu,Setiu telah melarikan dirinya dari negeri asal kerana pertempuran dengan pihak belanda dan pihak setiu telah mengalami kekalahan,Setiu telah dan pengikut2nya tiba diterengganu dan berlindung dibawah naungan sultan terengganu dimasa itu pada tahun 1875,Kegitan nya mengajar silat dan memenangi beberapa pertempuran dengan pihak2 yang bertelagah dimasa itu,Akibat kemasyuran nya itu penduduk tempatan menamakan daerah yang diduduki sebagai setiu.


3)Marang 
Marang mempunyai keluasan 66,654 hektar.Pusat pentadbiran nya ialah bandar marang,Pekan2 kecil lainnya ialah mercang,bukit payong,wakaf tapai dan pulau kerengga. Marang mempunyai mukim yang paling sedikit dinegeri terengganu ia-itu enam mukim sahaja.Tempat rereaksi yang paling popular ialah pulau kapas dan pantai kelulut.Daerah marang mendapat nama berdasarkan kisah dongeng.Cerita yang pernah dikisahkan mengenai seorang perniaga berbangsa cina yang dipanggil olih penduduk tempatan sebagai MA,Perniaga tersebut tinggal ditepi atau pun dimuara sungai marang yang ada sekarang, Peniaga tersebut mengusahakan makanan laut seperti udang, sotong,ketam dan ikan,kebanyakan dari hasil laut dikeringkan olih perniaga tersebut untuk pasaran tempatan,Makanan laut tersebut telah dipanggil sebagai RANG olih penduduk tempatan,Olih kerana terlalu banyak makanan laut yang dihasilkan olih perniaga tersebut maka penduduk disitu memanggil nya sebagai MARANG,Mungkin maksudnya makanan laut yang dijemur adalah kepunyaan MA dan makanan tersebut pula dipanggil RANG terus sahaja penduduk tempatan memanggil MARANG.ia-itu RANG kepunyaan MA Dan dari situ lah Marang mendapat nama.

                                                       PANTAI KELULUT,MARANG    
4)Hulu terengganu.
Hulu terengganu mempunyai keluasan 387,463 hektar,Hulu terengganu merupakan daerah yang paling besar di negeri Terengganu.Bandar pertadbiran nya ialah kuala berang,Pekan lain yang ada dihulu terengganu ialah Ajil dan pekan kuala ping Hulu terengganu mempunyai sembilan mukim.Hulu terengganu merupakan daerah yang paling sikit mempunyai pekan kalau dibandingkan dengan daerah2 lain di terengganu.Antara tempat rereaksi dan tempat perlancungan yang paling terkenal ialah pengkalan gawi ditasik kenyir,Selain itu ialah air terjun Sekayu dan tempat perkelahan kampung belukar bukit..Hulu terengganu mendapat nama yang paling mudah sekali dan tak ada kaitan dengan peristiwa atau individu tertentu.Daerah Hulu Terengganu lah mengalirnya sungai terengganu dan punca sungai terengganu datang nya dari daerah ini dan dari situ daerah hulu terengganu mendapat nama.Walau macam mana sekali pun daerah hulu terengganu lah yang dikatakan telah menerima islam yang paling awal dari negeri2 lain dimalaysia dan negeri terengganu sendiri khasnya.Bukti2 penemuan batu bersurat di kampung buluh telah menceritakan segala2nya,Selain itu didaerah ini lah yang dikatakan tempat pedagang2 dari negeri china dan arab datang berdagang kerana dikatakan daerah hulu terengganu mempunyai pelabuhan yang besar disuatu ketika dahulu.
SUNGAI TERENGGANU DIKUALA BERANG,.
(Disinilah pelabuhan besar yang dikatakan ujud pada abab ke12 masihi,Pedagang2 dari arab china,India dan rantau nusantara dikatakan  mengunakan pelabuhan ini)

5)Kuala terengganu
Daerah kuala terengganu terletaknya bandar raya kuala terengganu dan bandar raya kuala terengganu merupakan ibu negeri bagi negeri Terengganu.Daerah Kuala Terengganu mempunyai keluasan 60,654 hektar dan penduduk nya dianggarkan berjumlah 286,300 orang,Bandar pentadbirannya ialah bandar raya kuala terengganu sendiri dan juga merupakan Bandar pentadbiran seluruh Negeri Terengganu.Bandar lain yang terdapat didaerah kuala terengganu ialah simpang tok ku,wakaf mempelam dan cendering.Kuala terengganu mempunyai mukim yang paling banyak ia-itu dua puluh tiga mukim.Walau macam mana pun kebanyakan diseluruh daerah kuala terengganu merupakan sebagai kampung bandar kerana kampung dan bandar bersambung2 antara satu dengan yang lain, Sebagai ibu negeri Terengganu daerah kuala terengganu mempunyai kawasan rereaksi yang banyak.Tempat2 yang sentiasa dikunjungi ialah pantai batu buruk,Pulau Wan Man,Pulau Duyung,Pantai Kuala Ibai,Masjid Terampung,Losong dan beberapa tempat lagi,Tempat2 terkenal seperti kampung Cina,Masjid Kristal,Pasar Payang dan beberapa tempat lagi.Asal usul nama daerah Kuala Terengganu rasa nya tak lah susah sangat,Sejak peristiwa trengan nu dan taring anu maka daerah kuala terengganu mendapat nama kerana dengan peristiwa tersebutlah nama terengganu diperolihi dan sungai yang mengalir di daerah itu diberi nama sungai terengganu.Dan sudah tentu muara sungai terengganu diberi nama kuala terengganu..
6)Dungun.                                         Bangunan Wisma DarulIman 
Daerah Dungun mempunyai keluasan 273,503 hektar.Bandar pentadbiran nya ialah bandar dungun,Bandar2 lain ialah paka,Bandar Al muktafi billah shah,Pekan bukit Besi,Pekan Kuala Jengai dan Pekan Rantau Abang,Daerah Dungun mempunyai mukim sebanyak sebelas mukim. Kawasan rereaksi dan tempat perlancungan yang menarik ialah Pantai Rantau Abang,.Kawasan rereaksi Jambu Bongkok,Air Terjun Cemerung,Kampung Pasir Raja,Cengal Besar dan beberapa tempat lagi,Dungun mendapat nama hanya lah dari satu jenis tumbuhan yang hidup ditepi2 paya yang dinamakan sebagai pokok dungun.Kurang jelas siapa kah yang memberi nama dengan pokok tersebut,Kalau nak diikutkan sejarah nama2 tempat yang diberikan sangat berkait dengan pembesar2 tempatan.Bagi sesetengah orang pokok dungun merupakan pokok yang asing kapada mereka.Mungkin ada yang tak kenal langsung pokok dungun.Walau macam mana pun daerah dungun mendapat namanya dari pokok tersebut..
ZOO MINI, KEMAMAN.
7)Kemaman.
Kemaman mempunyai keluasan 253,564 hektar,Bandar pentadbiran kemaman ialah Cukai,Bandar2 dan Pekan lain nya ialah kerteh,kuala kemaman,cheneh,kemasik,air putih,sri bandi dan beberapa pekan kecil lain nya.Kemaman mempunyai dua belas mukim. Kawasan rereaksi dan tempat perlancungan ialah Zoo mini kemaman,Tempat melihat kelip-kelip dikampung yah yah,Pantai kemasik,kuala kemaman dan tempat2 lain nya.Diceritakan kemaman mendapat nama hasil dari nama seekor binatang ia-itu kera dan dari satu jenis tumbuhan ulaman yang bernama maman,Diceritakan dizaman dahulu kala ada satu puak telah singgah dikuala sebuah sungai ia-itu sungai kemaman sekarang.Puak2 tersebut mendapati ada sejenis kera yang ekornya serupa dengan pokok maman,Mereka bersepakat menamakan tempat itu sebagai keramaman,Lama kelamaan sebutan keramaman telah bertukar kapada kemaman.Dari situ lah kemaman mendapat namanya..

BUDAYA TERENGGANU
Budaya biasa nya dikaitkan dengan cara hidup sekelompok manusia yang merangkumi semuanya,samaada berugama,permakanan,perkerjaan,hasil seni dan sebagainya.Pada pegertiaan biasa budaya hanya lah dikaitkan dengan berhibur atau pun hanyalah hasil seni sahaja.Sebenarnya untuk memperkatakan maksud budaya ia nya merupakan sesuatu yang rumit,kerana ada perbezaan pendapat antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam memberi pergertiaan budaya.
Cara hidup masyarakat terengganu tidak lah berbeza sangat dari negeri2 lain dimalaysia,mungkin disesetengah tempat ada sedikit kelainan nya disebabkan dipengaruhi olih budaya dari luar.Budaya yang sangat berpengaruh diterengganu dibawa pedagang-pedagang dari negeri Arab, China,Siam,India dan rantau nusantara.Budaya yang mekar hidup seperti adat bersanding yang dikatakan dipengaruhi olih budaya Hindu.Dari pertembungan pelbagai budaya yang dibawa pedagang2 dari pelbagai bangsa dan ugama lahirlah permainan seperti rodat, mak yong,main puteri,main balai,wayang kulit,Dikir barat,,berdikir pahang,menora...


ISLAM DAN NEGERI TERENGGANU.
Negeri terengganu dikatakan menerima islam paling awal di nusantara berbanding dengan tempat2 lain.Dikatakan Islam menjadi anutan diterengganu lebih awal dari yang tercatit dibatu bersurat yang dijumpai dikampung buluh,kuala berang pada tahun 1303 masihi.(ditemui pada 1887)Dan dikatakan juga tarikh kemasukan sebenar islam ke terengganu telah digelapkan olih pihak penjajah kerana atas sebab kepentingan mereka sendiri.Setakat sekarang penemuan batu bersurat dikampung buluh seolah2 tidak diangkat sebagai tarikh kemasukan Islam terawal kesemenanjung tanah melayu.Ramai nama2 yang dikaitkan dengan kedatangan islam keterengganu dan yang telah berusaha mentabatkan islam,Antara nama2 tersebut ialah  Haji Abdul Rahman limbong danTok ku paloh,
.                                               Replika batu bersurat dikampung buluh,kuala berang...
SEMOGA NEGERI TERENGGANU MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH UNTUK SELAMA-LAMANYA,DIMURAHKAN  REZEKI DAN AMAN MAKMUR SELURUH  PENDUDUKNYA,AMIN...
 





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan