Khamis, 4 Februari 2021

Bukit popular dihulu terengganu

 Bukit popular dihulu terengganu..

1) Bukit tok gunung 765 mdpl..

Bukit ni terletak dikampung Jenagor hulu terengganu.bukit ni senang didaki,permulaan pendakian betul2 ditepi jalan menghala ke empangan Sultan Mahmud Kenyir..Pendakian nya lebih kurang 5.6 km sehingga puncak.Pada kebiasaan nya masa yg diambil bergantung kpd pendaki tp pendakian biasa untuk sampai puncak dlm 4-5 jam..

2) Bukit tawang... 605 mdpl

Tinggi bukit ni ialah 605 meter dari paras laut,Terletak dikampung kuala pueh kuala berang hulu terengganu..Dari bandar kuala berang lebih kurang dalam 8 km sahaja..Boleh dikunjungi oleh berbagai lapisan orang..Jauh perjalanan dari kampung Kuala pueh dlm 3.5 hingga puncak..

Bukit tawang


2) Bukit durian tarus.

Bukit durian tarus terletak dikampung kua hulu berang terengganu,Tinggi bukit durian tarus ialah 549 meter dari paras laut.Bukit durian tarus mempunyai jalan tar hingga kepuncak nya,Dipuncak nya terdapat pemancar tv dan pemancar talipon.Bukit durian tarus merupakan tempat jogging kpd yg berminat dalam aktiviti mcm ni...Jauh nya lebih kurang 5 km 

bukit durian tarus

3) Bukit balik hidung 

Bukit balik hidung terletak dikampung paya besar hulu terengganu,Terletak hanya 2km dari bandar kuala berang..Tinggi bukit ni sekadar 133 meter dari paras laut.Panjang trek bukit balik hidung lebih kurang 2km,Dapat dihabiskan dalam 40 minit sahaja..

bukit balik hidung


4) Bukit Ajil..

Bukit ajil terletak dikampung Ajil baru,Tinggi bukit ajil ialah 292 meter dari paras laut...Panjang trek bukit ajil ialah 2km,Untuk sampai puncak mengambil masa dalam 40 minit..

Bukit Ajil

5) Bukit Jalin..

Bukit jalin terletak dikampung lebak kuala berang hulu terengganu.Tinggi bukit jalin ialah 133 meter dari paras laut..Bukit jalin dibawah pengurusan Mpkk kampung lebak.untuk sampai puncak memerlukan hanya 30 minit sahaja...

Bukit jalin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan